1. SLING
SHOT CAMERA
Produk
ini merupakan satu kamera tersembunyi yang tidak dijangka. Ia mampu
menghasilkan kejutan kepada anda sehinggakan anda tidak dapat menyembunyikan
setiap saat dari reaksi raut wajah anda yang comel. Kamera ini berfungsi
seperti lastik. Hanya dapatkansasaran, dan lastik dengan cara mudah anda akan
dapat gambar-gambar yang menarik dan menyeronokkan. Ia ringkas dan mudah dibawa
ke mana-mana sahaja. Dengan skrin yang memudahkan anda melihat imej yang
dikehendaki serta peranti USB yang membolehkan anda memindahkan gambar kepada
komputer anda pada bila-bila masa sahaja. Ini ternyata merupakan produk inovasi
yang sangat menarik.
2. KAMERA TERKECIL DI DUNIA
Peranti
mikroskopik ini mungkin tidak cukup besar untuk menutup hujung jari anda, malah
kamera ini boleh “lepak” atas hujung jari telunjuk anda dengan selesa. Kamera
digital yang diakui oleh pembuatnya adalah kamera terkecil didunia yang ada
dipasaran sekarang. Kamera ini boleh menangkap imej 2MP dan juga boleh merakam
video. Kamera terkecil dunia ini boleh mengambil imej JPEG dengan resolusi 1600
× 1200 dan dilengkapi dengan autofocus. Kamera ini juga boleh disambungkan ke
computer melalui kabel USB, seperti peralatan fotografi biasa
3. KAMERA
TERLAJU DI DUNIA
V1610 PHANTOM adalah
tambahan kepada keluarga Phantom v-series, mempunyai keupayaan untuk menembak
sehingga 1 juta bingkai sesaat. Satu kelajuan yang begitu tinggi sehingga membolehkan
kamera ini membuat video peristiwa dunia sebenar dengan gerak perlahan yang
begitu halus seperti dalam mimpi. Selain itu, kamera ini boleh merakan rakaman
HD 16 000 bingkai sesaat dan menawarkan 96 gigbait memori dalaman. Kamera ini
direka dengan serba boleh dan fleksibiliti di barisan hadapan, ia adalah satu
alat yang sangat baik untuk penyelidik, sainstis dan jurutera yang perlu
menangkap imej resolusi tinggi pada kelajuan ultra-tinggi.
4. KAMERA
BOLA
Kamera
baru ini akan membolehkan pengguna untuk melihat bagaimana rasanya untuk
mempunyai kedua-dua mata di langit dan mata di belakang kepala anda. Kamera ini
berbentuk bulat dan dipanggil kamera bola panorama yang boleh dilontar. Nama sebenar
kamera ini ialah
“ Throwable Camera Array For Capturing
Spherical Panoramas”. Kamera ini dicipta oleh lima pereka grafik di Berlin,
kamera ini menggunakan 36 kamera telefon mudah alih untuk menangkap gambaran
apa yang sedang berlaku di sekeliling. Pengguna hanya perlu melambungkan kamera
ke langit dan ia diprogramkan untuk mengambil gambar sebaik sahaja ia sampai ke
kemuncak lambungan. Gambar ini kemudiannya boleh dimuat turun ke computer dan pengguna
mampu untuk “zoom in” dan klik pada semua bahagian gambar, sekali gus
membolehkan mereka untuk melihat apa yang berlaku pada jauh di belakang mereka
pada bila-bila masa. Mengklik melalui bahagian-bahagian yang berlainan gambar
360 darjah adalah serupa dengan menggunakan Google Street View, di mana dengan
klik pada tetikus, pengguna mampu untuk mendapatkan gambaran yang lebih
terperinci.
5. KAMERA
RICOH THETA
Ricoh
telah mencipta kamera menarik yang dipanggil Theta yang membolehkan anda
menangkap gambar 360 darjah dengan menekan satu butang sahaja. Theta mempunyai
dua kanta fisheye besar yang menunjuk kea rah yang bertentangan dengan itu,
secara bersama,cukup untuk menangkap gambar kawasan yang dapat dilihat secara
keseluruhan di sekeliling anda. Operasi adalah mudah kerana hanya perlu tekan
butang, dan ia mengambil satu shot. Hanya memegang dengan tegak dan shoot/
snap. Kamera ini mempunyai berat 95g dan selesa di telapak tangan seperti alat
kawalan jauh.
6.
KAMERA
SELFIE SONY CYBER
Kamera
ini ditujukan untuk individu yang gemar “berselfie”. Kamera unik ini menggunakan
sensor Exmor RS 19MP CMOS dengan bukaan maksimum F2. Kamera ini juga dilengkapu
skrin OLED 3.3 inci dengan jumlah dot 1,299k untuk memaparkan skrin yang
terperinci. Walaupun bentuknya seperti minyak wangi, namun kamera ini berkesan
elegen dengan warna-warna lembut yang cerah.
7. KAMERA
PENTAX Q BLACK
Kamera
ini merupakan kamera interchangeable terkecil di dunia. Kualiti gambar sebuah
kamera bergantung kepada ukuran sensornya. Q juga mempunyai sensor objek
terkecil di dunia. Itulah yang membuatkan kamera ini dapat direkabentuk mini. Dengan
lensa yang dapat diganti-ganti dan sensor gambar CMOS 1 per 2.3 inci buatan
sony, serta resolusi 12.4 megapixel, sudah pasti gambar yang terhasil mempunyai
kualiti yang baik. Kamera ini mempunyai kemampuan untuk memotret objek rendah. Sensitivitinya
tinggi dan kualitinya disokong oleh ISO 6400 .
8. KAMERA YANG BOLEH "SHOOT DULU FOKUS KEMUDIAN"
kamera ini boleh shoot dulu dan fokus kemudian. tidak perlu susah-susah cari fokus masa pegang kamera dan tidak perlu risau jika fokus "blur" masa ambil gambar. kamera ini menggunakan teknologi "light - field " yang bukannya mengambil gambar biasa iaitu cahaya memukul sensor, ia memisahkan sinar cahaya untuk merekod ciri-ciri masing-masing.
9. KAMERA FUTURA WVIL CONCEPT
lensa kamera futura ini bukan sahaja boleh dicabut sepertimana kamera DSLR lain, tetapi ianya juga ada wireless. walaupun lense itu dicabut, tetapi kamera digital ini masih dapat mengesan gambar yang di zoom oleh lense futura. kamera ini menggunakan 31 MP full frame CMOS sensor. skrinnya menggunakan paparan high definition touchscreen. antena wireless untuk WLAN, bluetooth, GPS dan sebagainya.
10. KAMERA DIGITAL LEICA I9
kamera digital konsep baru ini dikombinasikan dengan APPLE IPHONE 4. dengan kata lain kamera leica dan handset iphone 2 dalam 1. kamera full frame yang terkecil. dilengkapi dengan 12.1 MP sensor, 8x optical zoom, fixed-lens rangefinder camera, bateri kedua-dua alat boleh dikongsi, memori flash dalaman. setelah "berselpie-selpie" menggunakan leica ianya dipindahkan ke iphone yang sudah terpasang.
<$BlogCommentBody$>
<$BlogCommentDeleteIcon$><$BlogItemCreate$>